free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Saturday 7 July 2012

Latihan Pemahaman Tahun 2


LATIHAN PEMAHAMAN
Petikan 1

Baca dan fahamkan petikan di bawah.
  Adalah elok sekiranya setiap orang memberus gigi setiap kali selepas
makan. Gigi juga perlu digosok sebelum tidur pada waktu malam atau
sekurang-kurangnya digosok dua kali sehari.
   Gigi hendaklah diberus sehingga betul-betul bersih. Setiap kali
selepas makan, eloklah berkumur supaya sisa-sisa makanan terbuang
dari permukaan dan celah-celah gigi.
Kita juga harus membuat pemeriksaan gigi setiap enam bulan. Kita
hendaklah menjaga gigi dengan betul supaya gigi kekal seumur hidup.

Jawab soalan-soalan berikut.
1. Bilakah kita mesti memberus gigi ?
                                                                    .
2. Berapa kalikah kita perlu memberus gigi sehari ?
                                                                 
3. Mengapakah kita perlu berkumur selepas makan ?
                                                                 
4. Mengapakah kita perlu menjaga gigi dengan betul ?
                                                                 
5. Dalam setahun, berapa kalikah kita perlu berjumpa dengan doktor
gigi ?

Petikan 2
Baca dan fahamkan petikan di bawah ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali
pertama menganjurkan Hari Keluarga pada 25 Januari 1997.
Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan dengan kerjasama
Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan
di kawasan Masjid Pasir Akar.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Abd.
Kadir berkata, program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00
petang. Semua kutipan yang diperolehi akan digunakan untuk
membiayai projek-projek pembangunan sekolah seperti penubuhan
pusat sumber dan sebagainya.
Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Besut.

Jawab soalan-soalan berikut.
6. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?
 ......................................................................................                                                                   .
7. Bilakah sambutan ini akan diadakan ?
 ......................................................................................                                                              
8. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ?

A. Di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
B. Di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Besut
C. Di kawasan Masjid Pasir Akar
D. Di Negeri Terengganu

9. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?
A. Untuk membina masjid baru
B. Untuk membina bangunan sekolah
C. Untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin
D. Untuk mengutip wang bagi membiayai projek sekolah

10. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?
A. Pegawai Pendidikan Daerah Besut
B. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
C. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
D. Imam Masjid Pasir Akar

Petikan 3
Baca dan fahamkan petikan di bawah.

Pada suatu hari, arnab bertemu kura-kura. Ia mengejek kura-kura
kerana berjalan lambat. Kura-kura bersetuju untuk berlumba dengan
arnab. Arnab berasa yakin bahawa ia akan mengalahkan kura-kura
dalam perlumbaan itu.
Mereka melantik Sang Kancil sebagai hakim. Esoknya, perlumbaan
dimulakan. Arnab berlari dengan pantas. Kura-kura tertinggal jauh. Di
pertengahan jalan, arnab berhenti dan berehat di bawah pokok lalu
tertidur. Kura-kura terus berjalan tanpa berhenti.
Akhirnya kura-kura sampai ke garisan penamat. Arnab terjaga
daripada tidurnya dan mendapati kura-kura telah menang. Arnab
berasa amat malu lalu beredar dari situ. Semenjak hari itu, arnab tidak
bersikap sombong lagi.

Tuliskan Benar atau Salah pada penyataan yang diberikan.
11. Arnab mengajak Sang Kancil berlumba.                
                 
12. Sang Kancil dilantik sebagai hakim.                        
                  .
13. Arnab mengejak kura-kura berjalan lambat.                    
                 
14. Kura-kura berhenti di bawah pokok untuk makan.                  
                 
15. Kura-kura telah memenangi perlumbaan tersebut.                
               
Soalan 16 hingga soalan 20
Tulis kata akar bagi perkataan berimbuhan di bawah.
16.  memberikan =              
17.  menyerahkan =
18.  tersesat =
19.  ampaian =
20.  berlakon =

Soalan 21 hingga soalan 25
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
21.  Pisau          itu sudah lama tidak diasah.
  A. buruk    B. tumpul      C.  tajam       D.baru

22.  Buah mangga      itu rasanya masam.
  A. muda       B.  ranum            C.  hijau       D.tua

23.  Air sungai itu          kerana musim kemarau.
  A. dalam       B.  jauh        C. tohol        D.
cetek
24.  Binatang            tinggal di dalam hutan tebal.
   A.  liar      B. garang         C.  jinak        D.buas

25.  Siew Reen mempunyai rambut yang        dan panjang ?
  A. putih         B.  hitam          C.  pendek   D.urai

Soalan 26 hingga soalan 30.

Pilih perkataan seerti dengan perkataan  bergaris

26. Katak itu meloncat keluar dari kolam.
A. menyelam B.  melompat C.  mencampak

27. Buku itu tersusun kemas di atas meja.
A.  tertimbun B.  terbiar C.  teratur

28. Harimau adalah sejenis binatang liar.
A.  buas B.  manja C.  jinak

29. Murid-murid berkumpul apabila loceng berbunyi.
A.  berhimpun B.  berdiri C.  bersama

30. Sampah-sarap bersepah di kawasan sekolah.
A.  terkumpul B.  berselerak C.  berhimpun

No comments:

Post a Comment