KATA KETERANGAN
| cara / gaya | begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena, | 1.Berjalanlah 
dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh. 2. Munah pergi ke pasar dengan bas. | 
| Masa / waktu | akan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam | 1.Saya benar-benar 
terasa lapar sekarang. 2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya. | 
| Nafi | bukan, tidak, kecuali | 1. Orang itu tidak 
tinggal di sini. 2. Anak kecil ini bukan anaknya. | 
| Tanya | mengapa, bagaimana, bila | 1. Mengapakah kamu 
tidak lulus ujian itu ? 2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ? | 
| tidak tentu /ragam | mungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu | 1. Kalau Ahmad 
terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya. 2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang. | 
| Darjah / kata penguat | amat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau | 1. Hadiah yang 
kecil itu amat berharga buat dirinya. 2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu. | 
| Aspek | belum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali | 1. Pembinaan 
bangunan itu belum dimulakan lagi. 2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung. | 
| Jenis Kata Keterangan | Penggunaan dan Contohnya | Ayat Contoh | 
| Kata Keterangan Cara | untuk menerangkan 
cara Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya | 1. Tidak dapat 
digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang. 2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak. | 
| Kata Keterangan Bantu | untuk menerangkan 
sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya | 1. Adik belum tidur 
walau hari sudah larut malam. 2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak. | 
| Kata Keterangan Masa | untuk menerangkan 
masa Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya | 1. Saya harus pergi 
sekarang. 2. Encik Gan akan bertolak esok. | 
| Kata Keterangan Tanya | untuk menerangkan 
cara, keadaan, masa, dan sebab Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya | 1. Bilakah majlis 
perkahwinan itu akan diadakan? 2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu? 3. Mengapakah ayah lambat pulang? | 
| Kata Keterangan Darjah | untuk menerangkan 
darjah kata adjektif Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya | 1. Kelakuan budak 
itu agak ganjil. 2. Sedap betul masakan di restoran itu. 3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia. | 
| Kata Keterangan Nafi | untuk menafikan 
atau menyangkal Contoh: bukan, tak, atau tidak | 1. Dia bukan orang 
kampung itu. 2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam. | 
| Kata Keterangan Tak Tentu | untuk menerangkan 
sesuatu yang belum pasti Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya | 1. Hingga kini 
rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat. 2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. | 
| kata Keterangan Penegas | untuk menyatakan 
penegasan Contoh: hanya, jua | Dia hanya membeli sebuku roti. | 
| Kata Keterangan Kekerapan | untuk menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya | 
 | 
| Kata Keterangan Umum | untuk menyatakan sesuatu secara umum Contoh: nyaris, langsung | Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya. | 
 
 
No comments:
Post a Comment