Aku dilahirkan di sebuah
butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah
patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku
menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli
oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya.
Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan
yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku
sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu
menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering.
Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika.
Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku
hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku
terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda
tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh
diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
No comments:
Post a Comment