free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Saturday 6 October 2012

Faedah Menyertai Aktiviti kokurikulum di Sekolah



Kokurikulum adalah sebahagian daripada aktiviti persekolahan. Aktiviti kokurikulum meliputi unit beruniform, kelab persatuan,dan sukan. Terdapat banyak kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.


Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid akan dapat mengetahui tentang aktiviti unit beruniform tersebut.Ilmu seperti berkawat dan berkhemah tidak diajar di bilik darjah. Melalui aktiviti kookurikulum,murid-murid akan diajar cara berkawat dan berkhemah.


Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang mereka. Mereka dapat berkumpul dengan rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti.Justeru,masa lapang murid tidak terbuang dengan sia-sia. Hal ini dapat mengelakkan murid terjerumus dalam gejala sosial seperti melepak dan merokok.


Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih seseorang murid itu berdikari. Murid akan diberi tunjuk ajar dengan melakukan sesuatu aktiviti. Justeru,bakat murid dapat dikesan dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi murid yang berkebolehan, mereka akan dilantik sebagai pemimpin untuk membimbing rakan sebaya.


Faedah lain yang boleh diperoleh apabila menyertai kokurikulum adalah murid akan mendapat ramai kawan. Hal ini kerana,sesuatu aktiviti itu akan disertai oleh ramai murid. Jika murid berjaya mewakili sekolah,maka bertambah ramailah kawan mereka.Di samping itu,murid dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.


Kesimpulannya, menyertai aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah. Oleh semua itu,semua murid harus menyertai aktiviti kokurikulum demi kecemerlangan diri.