Kata Penguat
Kata Penguat 
  1.     Kata Penguat ialah perkataan 
yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum 
atau selepas kata adjektif. 
Contoh
 
1.     Kata Penguat ialah perkataan 
yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum 
atau selepas kata adjektif. 
Contoh 
| Paling | Agak | Sungguh | Amat | 
| Terlalu | Nian | Benar | Paling | 
3.     Kata penguat seperti agak, 
pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. 
4.     Kata penguat seperti sekali, 
benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. 
5.     Kata penguat seperti sangat, 
amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata 
adjektif. 
Contoh 
1.     Murid yang paling pintar di 
sekolah ialah Latipah. 
2.     Pemandangan di tepi pantai itu 
sungguh indah. 
3.     Suhu di kawasan kutup amat 
sejuk. 
4.     Kereta api itu sangat 
laju. 
5.     Kereta itu laju sangat. 
Kata 
Penegas 
Kata penegas ialah 
kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian 
yang tertentu dalam ayat. 
Contoh 
| -kah | -lah | -tah | jua | 
| Juga | Sahaja | Hanya | Memang | 
| Lagi | pun |  |  | 
Contoh 
1.     Itulah rumah saya. 
2.     Pernahkah awak makan sup daging 
arnab. 
3.     Apatah dayaku untuk 
menolongnya. 
4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah 
neneknya. 
5.     Hanya Kamal yang belum membayar 
yuran. 
6.     Dia seorang sahaja yang berbaju 
Melayu. 
Kata Nafi 
1.     Kata nafi ialah perkataan yang 
digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. 
2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu 
bukan dan tidak. 
3.     Kata nafi bukan digunakan untuk 
menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. 
 Contoh 
a)     Lelaki yang berbaju merah itu 
bukan ayah saya. 
b)     Baju ini bukan untuk Suzi, 
tetapi untuk adik saya. 
4.     Kata nafi tidak digunakan untuk 
menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. 
Contoh 
a)     Melepak di pusat membeli-belah 
tidak memberikan sebarang faedah. 
b)     Sungai di belakang rumah saya 
tidak dalam sangat. 
5.     Kata nafi bukan boleh hadir 
sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara. 
Contoh 
a)     Budak itu bukan pandai sangat 
tetapi dia rajin belajar. 
b)     Anjing itu bukan garang tetapi 
suka bermanja. 
Kata Pemeri 
1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang 
menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. 
2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu 
ialah dan adalah. 
3.     Kata pemeri ialah diletakkan di 
hadapan kata nama atau kata frasa nama. 
4.     Kata pemeri adalah diletakkan di 
hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 
Contoh 
a)     Perempuan yang berambut panjang 
itu ialah kakak saya. 
b)     Hariza adalah antara pelajar 
yang cemerlang di sekolah itu. 
c)      Tarikh tutup peraduan itu 
adalah pada hari Isnin. 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment