Kata Nafi
KATA NAFI
 Kata nafi ialah 
perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. 
Terdapat dua kata 
nafi, iaitu bukan dan tidak. 
Kata nafi bukan 
digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. 
Contoh ayat 
Lelaki yang 
berbaju merah itu bukan ayah saya. 
Baju ini bukan 
untuk Suzi, tetapi untuk adiknya. 
Kata nafi tidak 
digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. 
Contoh ayat 
Melepak di pusat 
membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah. 
Sungai di belakang 
rumah saya tidak dalam sangat. 
Kata nafi bukan 
boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak 
setara. 
Budak itu bukan 
pandai sangat tetapi dia rajin belajar. 
Anjing itu bukan 
garang tetapi suka bermanja.
  
No comments:
Post a Comment