1. Ayat ialah satu susunan perkataan
yang terdiri daripada subjek dan predikat.
2. Subjek ialah perkara yang
diceritakan.
3. Predikat ialah cerita berkenaan
perkara itu ( subjek ).
4. Ayat mengandungi makna yang lengkap.
Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
Contoh :
subjek
|
predikat
|
1. Afendi
2. Kakak
3. Ibrahim
4. Zulkfli
5. Ayam itu
|
guru
menyapu sampah.
bermain bola sepak.
Minum teh
asyik berkokok.
|
Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis
ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata;
(b) ayat tanya;
(c) ayat perintah;
(d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat
tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal
atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai
Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau
menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan
sebagainya.
Contohnya:
i. Kakak sedang menyiram bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi
longkang.
(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan
untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda,
manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua
iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i. Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu
dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya
seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata
tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan
meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya
digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
(c) Ayat perintah
1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh
seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh,
melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang
melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan
atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk
tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum
pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon
pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan
minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke
dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu.
(permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang
melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti
usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk
melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan
atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti
sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke
surau.
Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan
perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan
sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan
tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir
ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru
seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk
stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang
menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau
orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
1. Ayat aktif ialah ayat yang kata
kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan
khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera
sekolah.
2.
Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
(a) tidak
berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata
ganti diri kedua. Contohnya:
i. Bola itu saya tendang.
ii. Borang itu perlu anda isi.
(b) berawalan di
dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri
ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
3. Ayat pasif terdiri daripada:
(a) ayat
pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan
sebagainya.
(b) ayat
pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan
sebagainya.
(c) ayat
pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti
kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia,
beliau, baginda, dan sebagainya.
4.
Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza.
Contohnya:
Ayat Aktif
|
Apt Pasif Diri Pertama
|
(a) Saya mencuci kasut sekolah.
(b) Kita menerima keputusan itu.
(c) Aku akan memetik bunga itu.
(d) Kami sudah menyusun jadual itu.
|
(a) Kasut sekolah saya cuci.
(b) Keputusan itu kita terima.
(c) Bunga itu akan aku petik.
(d) Jadual itu sudah kami susun.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Kedua
|
(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
(c) Engkau patut memulangkan duitnya.
(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
|
(a) Kerja itu harus anda siapkan.
(b) Surat itu mesti awak serahkan.
(c) Duitnya patut engkau pulangkan.
(d) Kereta itu perlu kamu baiki.
|
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif Diri Ketiga
|
(a) Mereka mengecat bangunan.
(b) Baginda meminta rakyat supaya
bersabar.
(c) Beliau mengarahkan orang ramai
supaya beratur.
(d) Dia sedang menjahit baju.
|
(a) Bangunan dicat oleh mereka.
(b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
bersabar.
(c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
supaya beratur.
(d) Baju sedang dijahit olehnya.
|
3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah
percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah
maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.
2.
Dalam penulisan, tanda petik
("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3.
Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan
menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4.
Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap
pindah.
5.
Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk
|
Cakap Pindah
|
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan
semula sebagaimana asalnya dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata
dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ )
|
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan
yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan
perkataan sama.
|
|
|
6.
Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk
|
Cakap Pindah
|
saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok
|
dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu
|
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu
subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat
mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang
menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang
mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata
Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat
Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku
cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat
Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1.
Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu
kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2.
Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.
Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya
sendiri-sendiri.
4.
Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
diperlukan.
5.
Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita,
hancur lebur, dan sunyi sepi.
6.
Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik,
hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.
Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak
ada yang bersempang.
8.
Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda
yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari,
kekuda, dan sebagainya.
9.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera,
daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11.
Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas
seperti
yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata
majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama
majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun
telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang
lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14.
Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf,
cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.
Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung
tikar.
16.
Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil
alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi,
membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan,
menembak mati, dan bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak
seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang
lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun,
pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang
lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20.
Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)
|
air mata (kata nama)
|
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
|
lemah lembut (kata adjektif)
|
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
|
mogok duduk (kata kerja)
|
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
|
daripada (kata sendi)
|
(b) mengubah kelas kata dasar.
Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan
tanya)
|
apabila (kata nama)
|
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
|
alim utama (kata nama)
|
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
|
gulung tikar (kata kerja)
|
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
|
tumbuk rusuk (kata nama)
|
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
|
cerdik pandai (kata nama)
|
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
|
lalu lintas (kata nama)
|
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
|
banyak mulut (kata adjektif)
|
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
|
lambat laun (kata keterangan)
|
Maknanya
21.
Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang
berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk
yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang
menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana
maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23.
Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna
yang ada pada katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk
kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang
dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
|
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
|
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
|
24.
Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
|
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
|
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
|
No comments:
Post a Comment