Kata Kerja
KATA KERJA
 Kata kerja 
terbahagi kepada : 
A. Kata Kerja 
Transitif  ( Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak 
Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
  
Kata kerja 
terbahagi kepada : 
A. Kata Kerja 
Transitif  ( Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak 
Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 
A. Kata Kerja 
Transitif 
1. Kata Kerja 
Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang 
kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 
2. Ayat ini mesti 
ada peyambutnya ( objek ) 
3. Kata kerja ini 
biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan 
contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 
1.       Kata 
kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, 
iaitu kata nama. 
Contohnya: Atan 
mendengar radio. 
        mendengar 
ialah kata kerja 
          
transitif 
        radio 
ialah objek (kata nama) 
Kata kerja 
transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan 
memper...kan. Contohnya: 
Contoh ayat 
: 
1. Kucing itu 
menangkap seekor burung. 
2. perempuan itu 
menjual sayur. 
3. Bapa sedang 
menulis surat. 
Dalam ayat pertama 
Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena 
buat atau penyambut. 
Dalam ayat kedua 
Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena 
buat atau penyambut. 
Dalam ayat ketiga 
Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena 
buat 
atau 
penyambut. 
(a)      Pak Abu 
menjala ikan. 
(b)     Orang 
ramai diminta menjauhi kawasan itu. 
(c)      "Kita 
tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. 
(d)     Jangan 
suka memperdaya orang yang bodoh. 
(e)      Untuk 
memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. 
(f)      Pihak 
polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya. 
| Subjek ( pembuat ) | Kata kerja transitif | penyambut ( Objek ) | 
| Dia suka | membaca | buku | 
| Jamilah | memukul | seekor ular | 
| Abidin | menjual | kuih-muih | 
| Ramli | berjalan | ke sekolah | 
| Kereta itu | melanggar | seekor lembu | 
B. Kata Kerja Tak 
Transitif 
Kata kerja tak 
transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri 
pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak 
mempunyai penyambut. 
Contohnya 
:: 
1. Mereka berjalan 
pada hari cuti. 
2. Anjing itu 
sedang tidur. 
3. Hujan turun 
dengan lebatnya semalam. 
Dalam ayat pertama 
Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. 
Dalam ayat kedua 
Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. 
Dalam ayat ketiga 
Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain. 
| Subjek ( pembuat ) | Kata kerja tak 
Transitif | keterangan | 
| Kami | mandi | di tasek itu. | 
| Dia | senyum | semasa berjalan | 
| Saya | menyanyi | dengan kuat | 
| Hassan | berjalan | ke 
sekolah | 
7.1 Kata Kerja 
Tak Transitif 
1.       Kata 
kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam 
ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 
2.       Kata 
kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan 
ber, men, ter, ber... an, 
dan ber...kan. 
Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai 
itu mengalir deras. 
Peringatan 
Tiap-tiap kata 
kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ 
atau ‘ I’ 
di 
hujungnya. 
Contoh 
ayat: 
1. Mereka 
menjalankan jentera itu. 
2. Emak sedang 
menidurkan adik. 
3. Pekerja itu 
menurunkan barang-barang dari atas lori. 
4. Halim mengikuti 
perbualan mereka. 
5. Saya sudahi 
syarahan saya ini dengan ucapan salam. 
7.3 Kata Kerja 
Pasif 
1.       Kata 
kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif 
tetapi yang tidak berawalan men. 
Contohnya: angkat, 
atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya. 
2.       Ada tiga 
jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif 
diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga 
3.       Kata 
kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. 
Contohnya: 
kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan. 
4.       Kata 
kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-. 
Contohnya: 
kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan 
kaupersilakan. 
5        Kata 
kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. 
Contohnya: 
diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment