1. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat
selapis atau ayat tunggal.
2. Ayat inti menjadi dasar untuk
membentuk ayat-ayat yang lain , iaitu yang dikenali sebagai ayat terbitan.
3. Ayat inti mempunyai satu subjek dan
satu predikat.
4. Terdapat empat jenis ayat inti iaitu
:
a) Frasa nama + frasa nama
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama
dan predikatnya juga frasa nama.
Contoh ayat
| 
FN (subjek) | 
FN (predikat) | 
| 
Kakak Arif | 
doktor | 
| 
Mutusamy | 
pelajar | 
| 
Pemuda itu | 
mahasiswa | 
b) Frasa nama + frasa kerja
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama
dan predikatnya juga frasa kerja.
contoh ayat
| 
FN (subjek) | 
FK (kerja) | 
| 
Abang | 
membasuh kereta | 
| 
Nyonya Tan | 
membeli ikan | 
| 
Murid-murid itu | 
berlari | 
c) Frasa nama + frasa adjektif
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama
dan predikatnya juga frasa adjektif.
contoh ayat
| 
FN (subjek) | 
FK (adjektif) | 
| 
Bunga ini | 
wangi | 
| 
Kapak ini | 
tumpul | 
| 
Bangunan itu | 
tinggi | 
d) Frasa nama + frasa sendi
Ayat inti ini subjeknya ialah kata nama
dan predikatnya juga frasa sendi.
contoh ayat
| 
FN (subjek) | 
FK (sendi) | 
| 
Ayah | 
di kebun | 
| 
Mereka | 
dari Terengganu | 
| 
Cenderamata | 
untuk guru besar | 
Kata sendi mesti diikuti oleh kata nama
untuk membentuk frasa sendi.
contoh ayat
| 
Kata sendi | 
di, dari, untuk | 
| 
Kata nama | 
kebun, Terengganu, guru besar | 
 
 
No comments:
Post a Comment