free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sunday, 10 March 2013


::NABI MUHAMMAD SAW DENGAN PENGEMIS BUTA::

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Subhanallah..tiadakah rasa kagum dan kasih akan keperibadian mulia manusia yang paling agung ini?AllahummasollialaasaidianMuhammad..waala alihi saidinaMuhammad..jom selawat ke atas baginda dan sahabat-sahabatnya yang mulia..

Saturday, 6 October 2012

Faedah Menyertai Aktiviti kokurikulum di Sekolah



Kokurikulum adalah sebahagian daripada aktiviti persekolahan. Aktiviti kokurikulum meliputi unit beruniform, kelab persatuan,dan sukan. Terdapat banyak kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.


Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid akan dapat mengetahui tentang aktiviti unit beruniform tersebut.Ilmu seperti berkawat dan berkhemah tidak diajar di bilik darjah. Melalui aktiviti kookurikulum,murid-murid akan diajar cara berkawat dan berkhemah.


Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang mereka. Mereka dapat berkumpul dengan rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti.Justeru,masa lapang murid tidak terbuang dengan sia-sia. Hal ini dapat mengelakkan murid terjerumus dalam gejala sosial seperti melepak dan merokok.


Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih seseorang murid itu berdikari. Murid akan diberi tunjuk ajar dengan melakukan sesuatu aktiviti. Justeru,bakat murid dapat dikesan dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi murid yang berkebolehan, mereka akan dilantik sebagai pemimpin untuk membimbing rakan sebaya.


Faedah lain yang boleh diperoleh apabila menyertai kokurikulum adalah murid akan mendapat ramai kawan. Hal ini kerana,sesuatu aktiviti itu akan disertai oleh ramai murid. Jika murid berjaya mewakili sekolah,maka bertambah ramailah kawan mereka.Di samping itu,murid dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.


Kesimpulannya, menyertai aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah. Oleh semua itu,semua murid harus menyertai aktiviti kokurikulum demi kecemerlangan diri.




Wednesday, 18 July 2012

Aku Sehelai Baju



Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.



Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.

Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Aku Sepasang Kasut



Aku adalah sepasang kasut. Aku dilahirkan di sebuah kilang perusahaan. Malangnya aku tidak mengetahui dari mana asal usul dan juga tarikh lahirku. Setelah itu aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual dan diberi nama MAXS. Aku tidak ingat berapa lama aku telah berada di kedai kasut tersebut.

Pada suatu hari bermulalah kisah aku bersama tuan baru ku. Pada hari itu jugalah aku memulakan khidmatku. Al-kisahnya tuan aku telah membeli aku dengan harga RM 39.90. Mahal juga hargaku. Beliau membeli aku kerana kaki beliau telah teruk melecet disebabkan memakai rakanku (kasut bertutup) semasa seminar. Hampir setengah hari memakai kasut bertutup itu (nama tidak dikenali), beliau tidak mampu menanggung azab sengsara kerana merasakan kaki beliau tidak mampu bernafas. Justeru itu, beliau terus mengajak temannya ke kedai. Setelah membayar nilai harga yang ditetapkan, beliau terus memberitahu kepada tuan kedai untuk memakai aku segera.

Setelah menyarungkan aku ke kaki tuan baru ku, terdengar pujian-pujian yang agak membuatkan aku riak seketika. Beliau memujiku sangat selesa untuk dipakai dan cantik walaupun aku tahu beliau beberapa kali tersadung dan terjatuh disebabkan bentuk fizikalku seperti terompah. Mungkin masih belum serasi.

Hari ini sudah genap 2 bulan aku memberi perkhidmatanku kepada beliau. Ke mana saja beliau memakaiku walaupun ke pejabat. Ada juga kawan-kawan sepejabat yang memerli beliau memakai terompah. Akan tetapi beliau pekakkan mata, butakan telinga kerana kasih sayang beliau terhadapku. Rakanku Vincci yang harganya berlipat kali ganda daripadaku pun tidak dijadikan pilihan. Aku bangga, akan tetapi, kerana terlalu berkerja keras, aku semakin uzur. Bahagian bawah badanku tertanggal dan aku terdengar tuan aku mengeluh kerana tidak sanggup melihat aku rosak. Aku terpaksa menerima kenyataan bahawa riwayat hidupku hanyalah sampai di sini. Inilah kisah hidupku sepasang kasut.

Sunday, 8 July 2012

Latihan Tatabahasa 2

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

 muda      merah      leper       tebal   merdu   suntuk
 benci   bingung   sembuh   kencang

 1. Jika kita selalu bercakap bohong, kawan-kawan akan ……………. kepada kita.
2. Piring yang ………………………… itu telah pecah.
3. Air kelapa …………………. enak diminum.
4. Suara biduanita Syarifah Aini sungguh …………………… .
5. Angin ………………………… telah menumbangkan beberapa batang pokok.
6. Chandran sudah ……………………… daripada sakit.
7. Adibah tidak dapat menyiapkan kerja itu kerana masa sudah …………………….. .
8. Shanti …………………….. memikirkan masalah yang dihadapinya.
9 . "Ambilkan saya buku …………………. di atas meja itu," kata Cikgu Kasim.
10. Harga sekilogram cili …………………….. ialah RM 9.00.

Latihan Tatabahasa 1

 Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata kerja yang sesuai.


terpengaruh       mendakwa   berbincang     mengalah     dicat


mempelbagaikan   berpandukan      memperalat    mengerti     kandas


1. Orang itu  bahawa beg itu kepunyaannya.
2. Sudah dua kali dia  dalam ujian Matematik.
3.Guru-guru perlu  kaedah pengajaran.
4. Jangan sekali-kali  orang yang lemah.
5. Kamal selalu  pada adik bongsunya.
6. Mereka seringkali  tentang masalah peribadi.
7. Puan Aini tidak mudah  oleh pujuk rayu jurujual itu.
8. Dia masih tidak  akan kejadian yang sebenarnya.
9. Rumah itu sedang  oleh pekerja-pekerja.
10. Dalam acara lumba jalan kaki itu, para peserta  peta yang diberikan.

Lawak Sekolah 10