Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam".HR Anas Bin Malik
Saturday, 6 October 2012
Faedah Menyertai Aktiviti kokurikulum di Sekolah
Kokurikulum adalah sebahagian daripada aktiviti persekolahan. Aktiviti kokurikulum meliputi unit beruniform, kelab persatuan,dan sukan. Terdapat banyak kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid akan dapat mengetahui tentang aktiviti unit beruniform tersebut.Ilmu seperti berkawat dan berkhemah tidak diajar di bilik darjah. Melalui aktiviti kookurikulum,murid-murid akan diajar cara berkawat dan berkhemah.
Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang mereka. Mereka dapat berkumpul dengan rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti.Justeru,masa lapang murid tidak terbuang dengan sia-sia. Hal ini dapat mengelakkan murid terjerumus dalam gejala sosial seperti melepak dan merokok.
Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih seseorang murid itu berdikari. Murid akan diberi tunjuk ajar dengan melakukan sesuatu aktiviti. Justeru,bakat murid dapat dikesan dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi murid yang berkebolehan, mereka akan dilantik sebagai pemimpin untuk membimbing rakan sebaya.
Faedah lain yang boleh diperoleh apabila menyertai kokurikulum adalah murid akan mendapat ramai kawan. Hal ini kerana,sesuatu aktiviti itu akan disertai oleh ramai murid. Jika murid berjaya mewakili sekolah,maka bertambah ramailah kawan mereka.Di samping itu,murid dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.
Kesimpulannya, menyertai aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah. Oleh semua itu,semua murid harus menyertai aktiviti kokurikulum demi kecemerlangan diri.
Wednesday, 18 July 2012
Aku Sehelai Baju
Aku dilahirkan di sebuah
butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah
patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku
menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli
oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya.
Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan
yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku
sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu
menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering.
Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika.
Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku
hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku
terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda
tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh
diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Aku Sepasang Kasut
Aku
adalah sepasang kasut. Aku dilahirkan di sebuah kilang perusahaan. Malangnya
aku tidak mengetahui dari mana asal usul dan juga tarikh lahirku. Setelah itu
aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual dan diberi nama MAXS. Aku tidak ingat
berapa lama aku telah berada di kedai kasut tersebut.
Pada suatu hari bermulalah kisah aku bersama tuan
baru ku. Pada hari itu jugalah aku memulakan khidmatku. Al-kisahnya tuan aku
telah membeli aku dengan harga RM 39.90. Mahal juga hargaku. Beliau membeli aku
kerana kaki beliau telah teruk melecet disebabkan memakai rakanku (kasut
bertutup) semasa seminar. Hampir setengah hari memakai kasut bertutup itu (nama
tidak dikenali), beliau tidak mampu menanggung azab sengsara kerana merasakan
kaki beliau tidak mampu bernafas. Justeru itu, beliau terus mengajak temannya
ke kedai. Setelah membayar nilai harga yang ditetapkan, beliau terus
memberitahu kepada tuan kedai untuk memakai aku segera.
Setelah menyarungkan aku ke kaki tuan baru ku,
terdengar pujian-pujian yang agak membuatkan aku riak seketika. Beliau memujiku
sangat selesa untuk dipakai dan cantik walaupun aku tahu beliau beberapa kali
tersadung dan terjatuh disebabkan bentuk fizikalku seperti terompah. Mungkin
masih belum serasi.
Hari ini sudah genap 2 bulan aku memberi perkhidmatanku
kepada beliau. Ke mana saja beliau memakaiku walaupun ke pejabat. Ada juga
kawan-kawan sepejabat yang memerli beliau memakai terompah. Akan tetapi beliau
pekakkan mata, butakan telinga kerana kasih sayang beliau terhadapku. Rakanku
Vincci yang harganya berlipat kali ganda daripadaku pun tidak dijadikan
pilihan. Aku bangga, akan tetapi, kerana terlalu berkerja keras, aku semakin
uzur. Bahagian bawah badanku tertanggal dan aku terdengar tuan aku mengeluh
kerana tidak sanggup melihat aku rosak. Aku terpaksa menerima kenyataan bahawa
riwayat hidupku hanyalah sampai di sini. Inilah kisah hidupku sepasang kasut.
Sunday, 8 July 2012
Latihan Tatabahasa 2
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
muda merah leper tebal merdu suntuk
benci bingung sembuh kencang
1. Jika kita selalu bercakap bohong, kawan-kawan akan ……………. kepada kita.
2. Piring yang ………………………… itu telah pecah.
3. Air kelapa …………………. enak diminum.
4. Suara biduanita Syarifah Aini sungguh …………………… .
5. Angin ………………………… telah menumbangkan beberapa batang pokok.
6. Chandran sudah ……………………… daripada sakit.
7. Adibah tidak dapat menyiapkan kerja itu kerana masa sudah …………………….. .
8. Shanti …………………….. memikirkan masalah yang dihadapinya.
9 . "Ambilkan saya buku …………………. di atas meja itu," kata Cikgu Kasim.
10. Harga sekilogram cili …………………….. ialah RM 9.00.
muda merah leper tebal merdu suntuk
benci bingung sembuh kencang
1. Jika kita selalu bercakap bohong, kawan-kawan akan ……………. kepada kita.
2. Piring yang ………………………… itu telah pecah.
3. Air kelapa …………………. enak diminum.
4. Suara biduanita Syarifah Aini sungguh …………………… .
5. Angin ………………………… telah menumbangkan beberapa batang pokok.
6. Chandran sudah ……………………… daripada sakit.
7. Adibah tidak dapat menyiapkan kerja itu kerana masa sudah …………………….. .
8. Shanti …………………….. memikirkan masalah yang dihadapinya.
9 . "Ambilkan saya buku …………………. di atas meja itu," kata Cikgu Kasim.
10. Harga sekilogram cili …………………….. ialah RM 9.00.
Latihan Tatabahasa 1
Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata kerja yang sesuai.
terpengaruh mendakwa berbincang mengalah dicat
mempelbagaikan berpandukan memperalat mengerti kandas
1. Orang itu bahawa beg itu kepunyaannya.
2. Sudah dua kali dia dalam ujian Matematik.
3.Guru-guru perlu kaedah pengajaran.
4. Jangan sekali-kali orang yang lemah.
5. Kamal selalu pada adik bongsunya.
6. Mereka seringkali tentang masalah peribadi.
7. Puan Aini tidak mudah oleh pujuk rayu jurujual itu.
8. Dia masih tidak akan kejadian yang sebenarnya.
9. Rumah itu sedang oleh pekerja-pekerja.
10. Dalam acara lumba jalan kaki itu, para peserta peta yang diberikan.
terpengaruh mendakwa berbincang mengalah dicat
mempelbagaikan berpandukan memperalat mengerti kandas
1. Orang itu bahawa beg itu kepunyaannya.
2. Sudah dua kali dia dalam ujian Matematik.
3.Guru-guru perlu kaedah pengajaran.
4. Jangan sekali-kali orang yang lemah.
5. Kamal selalu pada adik bongsunya.
6. Mereka seringkali tentang masalah peribadi.
7. Puan Aini tidak mudah oleh pujuk rayu jurujual itu.
8. Dia masih tidak akan kejadian yang sebenarnya.
9. Rumah itu sedang oleh pekerja-pekerja.
10. Dalam acara lumba jalan kaki itu, para peserta peta yang diberikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

