Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam".HR Anas Bin Malik
Saturday, 6 October 2012
Faedah Menyertai Aktiviti kokurikulum di Sekolah
Kokurikulum adalah sebahagian daripada aktiviti persekolahan. Aktiviti kokurikulum meliputi unit beruniform, kelab persatuan,dan sukan. Terdapat banyak kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid akan dapat mengetahui tentang aktiviti unit beruniform tersebut.Ilmu seperti berkawat dan berkhemah tidak diajar di bilik darjah. Melalui aktiviti kookurikulum,murid-murid akan diajar cara berkawat dan berkhemah.
Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang mereka. Mereka dapat berkumpul dengan rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti.Justeru,masa lapang murid tidak terbuang dengan sia-sia. Hal ini dapat mengelakkan murid terjerumus dalam gejala sosial seperti melepak dan merokok.
Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih seseorang murid itu berdikari. Murid akan diberi tunjuk ajar dengan melakukan sesuatu aktiviti. Justeru,bakat murid dapat dikesan dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi murid yang berkebolehan, mereka akan dilantik sebagai pemimpin untuk membimbing rakan sebaya.
Faedah lain yang boleh diperoleh apabila menyertai kokurikulum adalah murid akan mendapat ramai kawan. Hal ini kerana,sesuatu aktiviti itu akan disertai oleh ramai murid. Jika murid berjaya mewakili sekolah,maka bertambah ramailah kawan mereka.Di samping itu,murid dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.
Kesimpulannya, menyertai aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah. Oleh semua itu,semua murid harus menyertai aktiviti kokurikulum demi kecemerlangan diri.
Wednesday, 18 July 2012
Aku Sehelai Baju
Aku dilahirkan di sebuah
butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah
patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku
menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli
oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya.
Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan
yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku
sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu
menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering.
Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika.
Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku
hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku
terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda
tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh
diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Aku Sepasang Kasut
Aku
adalah sepasang kasut. Aku dilahirkan di sebuah kilang perusahaan. Malangnya
aku tidak mengetahui dari mana asal usul dan juga tarikh lahirku. Setelah itu
aku dihantar ke sebuah kedai untuk dijual dan diberi nama MAXS. Aku tidak ingat
berapa lama aku telah berada di kedai kasut tersebut.
Pada suatu hari bermulalah kisah aku bersama tuan
baru ku. Pada hari itu jugalah aku memulakan khidmatku. Al-kisahnya tuan aku
telah membeli aku dengan harga RM 39.90. Mahal juga hargaku. Beliau membeli aku
kerana kaki beliau telah teruk melecet disebabkan memakai rakanku (kasut
bertutup) semasa seminar. Hampir setengah hari memakai kasut bertutup itu (nama
tidak dikenali), beliau tidak mampu menanggung azab sengsara kerana merasakan
kaki beliau tidak mampu bernafas. Justeru itu, beliau terus mengajak temannya
ke kedai. Setelah membayar nilai harga yang ditetapkan, beliau terus
memberitahu kepada tuan kedai untuk memakai aku segera.
Setelah menyarungkan aku ke kaki tuan baru ku,
terdengar pujian-pujian yang agak membuatkan aku riak seketika. Beliau memujiku
sangat selesa untuk dipakai dan cantik walaupun aku tahu beliau beberapa kali
tersadung dan terjatuh disebabkan bentuk fizikalku seperti terompah. Mungkin
masih belum serasi.
Hari ini sudah genap 2 bulan aku memberi perkhidmatanku
kepada beliau. Ke mana saja beliau memakaiku walaupun ke pejabat. Ada juga
kawan-kawan sepejabat yang memerli beliau memakai terompah. Akan tetapi beliau
pekakkan mata, butakan telinga kerana kasih sayang beliau terhadapku. Rakanku
Vincci yang harganya berlipat kali ganda daripadaku pun tidak dijadikan
pilihan. Aku bangga, akan tetapi, kerana terlalu berkerja keras, aku semakin
uzur. Bahagian bawah badanku tertanggal dan aku terdengar tuan aku mengeluh
kerana tidak sanggup melihat aku rosak. Aku terpaksa menerima kenyataan bahawa
riwayat hidupku hanyalah sampai di sini. Inilah kisah hidupku sepasang kasut.
Sunday, 8 July 2012
Latihan Tatabahasa 2
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
muda merah leper tebal merdu suntuk
benci bingung sembuh kencang
1. Jika kita selalu bercakap bohong, kawan-kawan akan ……………. kepada kita.
2. Piring yang ………………………… itu telah pecah.
3. Air kelapa …………………. enak diminum.
4. Suara biduanita Syarifah Aini sungguh …………………… .
5. Angin ………………………… telah menumbangkan beberapa batang pokok.
6. Chandran sudah ……………………… daripada sakit.
7. Adibah tidak dapat menyiapkan kerja itu kerana masa sudah …………………….. .
8. Shanti …………………….. memikirkan masalah yang dihadapinya.
9 . "Ambilkan saya buku …………………. di atas meja itu," kata Cikgu Kasim.
10. Harga sekilogram cili …………………….. ialah RM 9.00.

Latihan Tatabahasa 1
Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata kerja yang sesuai.
terpengaruh mendakwa berbincang mengalah dicat
mempelbagaikan berpandukan memperalat mengerti kandas
1. Orang itu bahawa beg itu kepunyaannya.
2. Sudah dua kali dia dalam ujian Matematik.
3.Guru-guru perlu kaedah pengajaran.
4. Jangan sekali-kali orang yang lemah.
5. Kamal selalu pada adik bongsunya.
6. Mereka seringkali tentang masalah peribadi.
7. Puan Aini tidak mudah oleh pujuk rayu jurujual itu.
8. Dia masih tidak akan kejadian yang sebenarnya.
9. Rumah itu sedang oleh pekerja-pekerja.
10. Dalam acara lumba jalan kaki itu, para peserta peta yang diberikan.

Latihan Bacaan
Ladang Pak Alang.
Pak Alang pergi ke ladang.
Ladang Pak Alang tepi padang.
Pak Alang bawa parang panjang.
Di ladang Pak Alang ada belalang dan kumbang.
Pak Alang tanam kacang panjang, pokok pisang, pokok bacang, dan pokok pinang.
Atas pokok pinang ada sarang burung helang.
Pak Alang juga bela kambing dan musang.
Kambing dan musang Pak Alang tinggal dalam satu kandang.
Soalan
1. Pak Alang pergi ke mana?
Pak Alang pergi ke ladang.
2. Pak Alang bawa apa?
Pak Alang bawa parang panjang.
3. Atas pokok pinang ada apa?
Atas pokok pinang ada sarang burung helang.
Latihan Pemahaman berdasarkan klip video berikut.
Senaraikan 5 kebaikan mematuhi peraturan jalanraya.
1. ..........................................................................
2. ..........................................................................
3. ..........................................................................
4. ..........................................................................
5. ..........................................................................
Tonton video dibawah dan jawab soalan berikutnya.
1. Apakah pekerjaan ayah Aiman?
...................................................................................
2. Mengapakah ayah Aiman sering menolak permintaan Aiman?
..................................................................................
3. Pada pendapat anda, adakah Aiman berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti?
..................................................................................
Saturday, 7 July 2012
Karangan Autobiografi
Karangan Jenis Autobiografi
1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
· tempat asal - nama - dilahirkan di mana - proses pembuatan - dibungkus
· perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik
· proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
· perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Aku Sebuah Basikal’.
Pengenalan
berasal dari Jepun
dibuat di sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
disebut basikal
dipamerkan
berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3
menaiki sebuah kapal dagang
berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4
nasib malang
kapal karam
dijumpai oleh penyelam
dijual sebagai besi buruk
Penutup
menjadi bahan terbuang
kesal kerana tidak dapat berbakti
Aku berasal dari ‘Negara Matahari Terbit’. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik.
Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli besi buruk. Aku dijual di situ.
Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia.
Tajuk : Aku sehelai baju
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.
Karangan Jenis Biografi
Karangan jenis ini mengisahkan perihal riwayat hidup orang lain dari mula hingga ke akhir antaranya :
· tokoh-tokoh sejarah
· pemimpin tanahair
· tokoh sukan
· dan lain-lain
Dalam menulis karangan jenis ini, aspek latar belakang, riwayat hidup, pendidikan, sumbangan, kejayaan dan jasa-jasa seseorang itu diambil kira sebagai isi karangan.
Anda harus tahu benar tentang watak yang hendak ditulis itu dari awal hingga ke akhir.
Kamu tidak digalakkan menulis perkara-perkara yang sensitif sehingga boleh menimbulkan keaiban atau menjatuhkan maruah orang yang ditulis.
Soalan
Pada cuti semester yang lalu anda telah tinggal bersama-sama Pak Cik anda. Pak Cik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian Pak Cik anda itu dalam bentuk karangan.
Pengenalan rumah Pak Cik tidak jauh dari kebun getah
kepunyaan sendiri
Perenggan ke-2 keluar dari rumah awal pagi
menunggang basikal
Perenggan ke-3 memakai topi berlampu suluh
kerana masih gelap
menoreh dari sebatang pokok ke sebatang pokok
Perenggan ke-4 susu getah dikumpul
dimasukkan ke dalam baldi kecil
dipindahkan ke sebuah tangki besar
Penutup kerja siap pada pukul 12.00
hantar susu getah ke pusat penjualan
CONTOH
Pak Cik saya penoreh getah. Rumahnya tidak jauh dari sebuah kebun getah. Kebun getah itu kepunyaan dirinya sendiri.
Setiap hari, pagi-pagi lagi dia sudah keluar dari rumahnya untuk pergi menoreh. Dia menunggang sebuah basikal.
Pak Cik saya memakai topi yang berlampu suluh di kepalanya. Tujuannya supaya kerja-kerja menoreh getah dapat dilakukan walaupun keadaan masih gelap. Dia menoreh getah dari sebatang pokok ke sebatang pokok getah yang lain sehinggalah kerja-kerja menoreh itu selesai dijalankan.
Sejam kemudian, pakcik saya akan mengumpul susu getah yang telah bertakung di dalam sebuah mangkuk setiap pokok getah yang ditorehnya tadi. Susu getah dikumpul ke dalam sebuah baldi kecil. Apabila baldi kecil itu penuh, dia akan memindahkan susu getah itu ke dalam sebuah takungan besar.
Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, pekerjaan itu pun selesai. Pak Cik saya akan menghantar susu getah yang telah terkumpul itu ke pusat penjualan.
Latihan Pemahaman Tahun 3
A. Jawab soalan yang berikut berpandukan petikan di bawah.
ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian
banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer d ari bandar Melaka.
Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di hadapan rumah
bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia sempat
menjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan air.
Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh penduduk
kampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap dan
hujan turun semakan lebat.
Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa agar
melarang anak-anak mereka daripada bermain air.
1. Di manakah kejadian itu berlaku ?
....................................................................................................
2. Apakah berita yang hendak disampaikan dalam petikan di atas ?
...................................................................................................
3. Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat ?
...................................................................................................
4. Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah ?
...................................................................................................
B. Tuliskan ayat -ayat di bawah ini semula dengan memasukkan tanda baca yang betul.
5. bilakah hari raya puasa disambut pada tahun ini
...................................................................................................
6. ramlah menaiki bas ekspres nasional ke utara
...................................................................................................
7. emak membeli ikan di pasar besar jerteh
...................................................................................................
8. marilah kita pergi melawat balai seni dan muzium negara
...................................................................................................
10. sofea memasak dengan menggunakan rempah adabi
...................................................................................................
11. ketua darjah 3 mawar tidak hadir hari ini
...................................................................................................
12. perjalanan ke singapura mesti melalui tambak johor
...................................................................................................
13. kamil dilantik sebagai pengurus besar bank rakyat
...................................................................................................
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Pak Hassan pemandu teksi. Dia telah bekerja selama lapan tahun. Pak Hassan pemandu yang
cermat dan amanah.
Pada suatu hari , Pak Hassan membawa dua orang pelancong ke Tugu Negara. Kedua -dua orang
pelancong asyik bertanya pelbagai soalan kepada Pak Hassan. Pak Hassan pun memberitahu mereka
tentang tempat-tempat menarik di negara kita. Dia juga menceritakan bahawa rakyat Malaysia berbilang
kaum dan hidup bersatu padu.
Pak Hassan tidak lupa menerangkan pelbagai budaya dan adat resam yang diamalkan di sini.
Begitu juga beraneka jenis masakan yang mudah didapati.
Akhirnya mereka pun sampai di Tugu Negara . Kedua-dua orang pelncong itu turun sambil
mengucapkan terima kasih kepada Pak Hassan.
1. Apakah punca rezeki Pak Hassan selama lapan tahun ?
...................................................................................................
2. Sebutkan salah satu soalan yang diajukan oleh pelancong itu.
...................................................................................................
3. Pada pendapat kamu, mengapakah negara kita ada perbagai jenis budaya ?
...................................................................................................
4. Di manakah kedua-dua orang pelancong itu turun ?
...................................................................................................
Jawab soalan-soalan yang berikut berpandukan menu di bawah.
RESTORAN PUNAI DILAYANG
MENU
Harga Makanan Harga Minuman
Nasi lemak RM 1.20 Sirap RM 0. 60
Nasi goreng RM 2.00 Air kotak RM 0. 70
Nasi ayam RM 2.50 Air bergas RM 0. 80
Nasi beriani RM 4.50 Tea RM 0. 60
Mi goreng RM 1.60 Kopi RM 0. 60
Mi rebus RM 1.60 Kopi O RM 0. 50
1. Harga makanan di atas hanya sah di mana ?
..............................................................................................
2. Berapakah harga dua pinggan nasi ayam ?
..............................................................................................
3. Tulis ayat matematik di bawah ini kepada ayat biasa.
RM 4.50 + RM 0.60 = RM 5.10
..............................................................................................
4. Pada pendapat anda , mengapakah menu ini penting?
..............................................................................................
Latihan Pemahaman Tahun 2
LATIHAN PEMAHAMAN
Petikan 1
Baca dan fahamkan petikan di bawah.
Adalah elok sekiranya setiap orang memberus gigi setiap kali selepas
makan. Gigi juga perlu digosok sebelum tidur pada waktu malam atau
sekurang-kurangnya digosok dua kali sehari.
Gigi hendaklah diberus sehingga betul-betul bersih. Setiap kali
selepas makan, eloklah berkumur supaya sisa-sisa makanan terbuang
dari permukaan dan celah-celah gigi.
Kita juga harus membuat pemeriksaan gigi setiap enam bulan. Kita
hendaklah menjaga gigi dengan betul supaya gigi kekal seumur hidup.
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Bilakah kita mesti memberus gigi ?
.
2. Berapa kalikah kita perlu memberus gigi sehari ?
3. Mengapakah kita perlu berkumur selepas makan ?
4. Mengapakah kita perlu menjaga gigi dengan betul ?
5. Dalam setahun, berapa kalikah kita perlu berjumpa dengan doktor
gigi ?
Petikan 2
Baca dan fahamkan petikan di bawah ini.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali
pertama menganjurkan Hari Keluarga pada 25 Januari 1997.
Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan dengan kerjasama
Jawatankuasa Masjid Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan
di kawasan Masjid Pasir Akar.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Ahmad Abd.
Kadir berkata, program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00
petang. Semua kutipan yang diperolehi akan digunakan untuk
membiayai projek-projek pembangunan sekolah seperti penubuhan
pusat sumber dan sebagainya.
Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan
Daerah Besut.
6. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?
...................................................................................... .
7. Bilakah sambutan ini akan diadakan ?
......................................................................................
8. Dimanakah sambutan tersebut akan diadakan ?
A. Di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
B. Di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Besut
C. Di kawasan Masjid Pasir Akar
D. Di Negeri Terengganu
9. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?
A. Untuk membina masjid baru
B. Untuk membina bangunan sekolah
C. Untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin
D. Untuk mengutip wang bagi membiayai projek sekolah
10. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?
A. Pegawai Pendidikan Daerah Besut
B. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
C. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
D. Imam Masjid Pasir Akar
Petikan 3
Baca dan fahamkan petikan di bawah.
Pada suatu hari, arnab bertemu kura-kura. Ia mengejek kura-kura
kerana berjalan lambat. Kura-kura bersetuju untuk berlumba dengan
arnab. Arnab berasa yakin bahawa ia akan mengalahkan kura-kura
dalam perlumbaan itu.
Mereka melantik Sang Kancil sebagai hakim. Esoknya, perlumbaan
dimulakan. Arnab berlari dengan pantas. Kura-kura tertinggal jauh. Di
pertengahan jalan, arnab berhenti dan berehat di bawah pokok lalu
tertidur. Kura-kura terus berjalan tanpa berhenti.
Akhirnya kura-kura sampai ke garisan penamat. Arnab terjaga
daripada tidurnya dan mendapati kura-kura telah menang. Arnab
berasa amat malu lalu beredar dari situ. Semenjak hari itu, arnab tidak
bersikap sombong lagi.
Tuliskan Benar atau Salah pada penyataan yang diberikan.
11. Arnab mengajak Sang Kancil berlumba.
12. Sang Kancil dilantik sebagai hakim.
.
13. Arnab mengejak kura-kura berjalan lambat.
14. Kura-kura berhenti di bawah pokok untuk makan.
15. Kura-kura telah memenangi perlumbaan tersebut.
Soalan 16 hingga soalan 20
Tulis kata akar bagi perkataan berimbuhan di bawah.
16. memberikan =
17. menyerahkan =
18. tersesat =
19. ampaian =
20. berlakon =
Soalan 21 hingga soalan 25
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
21. Pisau itu sudah lama tidak diasah.
A. buruk B. tumpul C. tajam D.baru
22. Buah mangga itu rasanya masam.
A. muda B. ranum C. hijau D.tua
23. Air sungai itu kerana musim kemarau.
A. dalam B. jauh C. tohol D.
cetek
24. Binatang tinggal di dalam hutan tebal.
A. liar B. garang C. jinak D.buas
25. Siew Reen mempunyai rambut yang dan panjang ?
A. putih B. hitam C. pendek D.urai
Soalan 26 hingga soalan 30.
Pilih perkataan seerti dengan perkataan bergaris
26. Katak itu meloncat keluar dari kolam.
A. menyelam B. melompat C. mencampak
27. Buku itu tersusun kemas di atas meja.
A. tertimbun B. terbiar C. teratur
28. Harimau adalah sejenis binatang liar.
A. buas B. manja C. jinak
29. Murid-murid berkumpul apabila loceng berbunyi.
A. berhimpun B. berdiri C. bersama
30. Sampah-sarap bersepah di kawasan sekolah.
A. terkumpul B. berselerak C. berhimpun
Hebatnya Menuntut Ilmu
Subhanallah. Itu janji Allah. Menuntut ilmu itu juga merupakan ibadah yang utama. Hadis ini mengingatkan saya betapa menuntut ilmu itu sangat besar manfaatnya. Jalannya memang sukar, pahit dan menuntut pelbagai pengorbanan, tetapi hasilnya cukup manis, cukup indah malah dijanjikan syurga yang merupakan impian setiap jiwa yang bernyawa.
Hormati Guru Mu
Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.
Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam.
Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku."
Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya. Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru. Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka. Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.
Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan. Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah. - Artikel iluvislam.com

Adab-Adab Menuntut Ilmu
Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.
Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]
Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]
ADAB MENUNTUT ILMU1. Niat yang ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.
2. Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.
3. Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237
4.
Tulis setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata:
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]
5.
Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]
6.
Menjauhi dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
7.
Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
8.
Kurangkan berkata-kata yang tidak manfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]
Subscribe to:
Posts (Atom)